Dasar Kualiti Hospital Seri Manjung

Hospital Seri Manjung mempunyai komitmen terhadap menyediakan perkhidmatanpenentuan penyakit, perawatan dan pemulihan kepada pesakit dengan mematuhi piawaian kualiti semasa dan sentiasa berusaha untuk menambahbaikan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Polisi Kesihatan & Keselamatan Hospital Seri Manjung

1. Menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa.

2. Memberi orentasi kepada semua anggota baru mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

3. Memastikan setiap pekerja memakai dan menggunaka alat perlindungan diri semasa bertugas jika diperlukan.

4. Memastikan setiap pekerja menjalankan tugasmengikut manual prosedur kerja yang telah disediakan.

5. Membuat penyeliaan berkaitan cara menjalankan tugas dengan selamat tanpa berisiko kepada kesihatan.

6. Memberi latihan kepada pekerja mengenai aspek-aspek pertolongan cemas (CPR), Keselamatan dan Kesihatan, Pelan Tindakan Kecemasan(Bencana),Latihan Amali Kebakaran(Fire Drill) dan ceramah-ceramah berkaitan dari masa ke semasa.

7. Melapor dan menyiasat setiap kejadian merbahaya dan kemalangan yang boleh atau telah menyebabkan kecerderaan atau penyakit-penyakit pekerjaan.