PERUTUSAN PENGARAH

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.


Selaras dengan perkembangan teknologi Internet yang pesat, Hospital Seri Manjung tidak ketinggalan untuk membangunkan satu laman web yang memaparkan maklumat-maklumat korporat, ringkasan aktiviti utama jabatan serta senarai kemudahan kesihatan yang terdapat di Negeri Perak.

Selain itu, dengan ini saya mengalu-alukan para pengunjung untuk melayari laman web Hospital Seri Manjung bagi memperolehi maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan, peranan dan tanggungjawab serta menyampaikan segala maklumat yang berkualiti kepada setiap pengunjung.

Melalui laman web ini adalah diharapkan hubungan yang erat antara warga Hospital Seri Manjung dan para pengunjung dapat dijalinkan. Laman web Hospital Seri Manjung akan sentiasa berkembang dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan manfaat kepada semua pengguna.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami melalui e-mel atau borang elektronik yang disediakan. Pandangan dan komen tuan/puan amatlah dialu-alukan. Kami berasa bangga melayani tuan/puan dan berharap tuan/puan akan mengunjungi kami lagi di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dr. Mustafa Shawal Bin Safian
Pengarah Hospital Seri Manjung