PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL SERI MANJUNG

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
    • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta;
    • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit; dan
    • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan
  2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
  3. Maklumat akan diberikan kepada pelangggan berkenaan penyakit dan
  4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.