• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Pesakit Luar

Jabatan Pesakit Luar

Jabatan Pesakit Luar

OBJEKTIF
• Memberi perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit luar secara Professional,berkesan,tepat dan cekap.
• Mengutamakan layanan mesra kepada pesakit semasa bertugas.
• Mendaftar dan merekod data-data pesakit ke buku daftar PER /PL .101 dan ke nota kes Pesakit.

PIAGAM PELANGGAN
• Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
• Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
• Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
• Semua pesakit akan diberi perkhidmatan mengikut giliran.
• Proses pendaftaran pesakit akan dilakukan dalam masa 10 min.
• Pemeriksaan akan dilakukan dalam masa 90 min selepas pendaftaran pesakit.
• Setiap pesakit akan dibekalkan dengan :-
i) Maklumat temujanji.
ii) Surat rujukan (jika perlu).

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAGI JABATAN PESAKIT LUAR
i. Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit dan mencatatkan sejarah penyakit
ii. Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit serta melakukan prosedur diagnostik dan terapeutik yang mudah bila perlu
iii. Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan memberi rawatan pesakit luar
iv. Merujuk kes ke wad/ klinik pakar sekiranya didapati pesakit memerlukan rawatan lanjutan
v. Melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pelanggan bila diminta
vi. Merujuk kes ke unit kecemasan sekiranya didapati pesakit berada dalam keadaan kecemasan
vii. Memeriksa dan melakukan “Follow-Up” kes-kes kronik yang mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar
viii. Melakukan pemeriksaan kesihatan untuk pelajar, penjawat awam, orang awam dan bakal haji
ix. Pengesahan penagih dadah bersama Polis dan AADK

Waktu Beroperasi
Masa :8 pagi - 5 Petang
Hari : Isnin - Jumaat Kecuali Cuti Umum

Waktu Rehat:-
Isnin- Khamis : 1-2 ptg
Jumaat : 12.15-2.30 ptg