• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Lain
  • Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi

 

Pengenalan

 

Jabatan Farmasi telah mula beroperasi sejak Mac 1995 ketika pembukaan Hospital Seri Manjung dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti farmasi dan bekalan bagi rawatan pesakit, serta perolehan dan pembekalan ubat serta keperluan perubatan mengikut amaun bajet diberikan setiap tahun melalui sistem logistik farmaseutikal yang terkawal & ekonomik.

Jabatan Farmasi berfungsi menjalankan dua aktiviti utama iaitu:

  1. Aktiviti Perolehan & Pembekalan

Ia membolehkan keperluan ubat-ubatan dan keperluan perubatan untuk pemberian terus kepada pesakit di unit/wad/klinik melalui preskripsi doktor.

  1. Aktiviti Farmasi Klinikal

Penglibatan secara professional oleh Pegawai Farmasi dalam pemberian penjagaan farmaseutikal yang lengkap bagi memastikan pesakit menerima ubat yang betul, dos yang selamat & cara pemberian ubat yang betul bagi membolehkan rawatan ubat yang diterima pesakit adalah optimum dan kesan sampingan ubat yang minimum.

 

Skop Perkhidmatan 

  1. Farmasi Pesakit Luar (FPL)

Semua preskripsi ubat Jabatan Pesakit Luar, Klinik-klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan didispens di FPL dalam waktu pejabat. Senarai Perkhidmatan Nilai Tambah “Value Added Services” di Kaunter Farmasi Pesakit Luar adalah seperti berikut:

  • Perkhimatan SMS & Ambil
  • Perkhidmatan Ubat Melalui Pos
  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) yang membolehkan pesakit mendapat bekalan ubat preskripsi susulan di semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia.
  • Perkhidmatan Letak & Ambil (untuk Kaunter FPL dan Kaunter Warga Kerja Hospital sahaja)
  1. Farmasi Bekalan Wad (FBW)

Ubat “Floor Stock” wad/unit dibekalkan oleh FBW sepanjang waktu bekerja. Ubat Psikotropik dan Dadah Berbahaya dibekalkan pada setiap hari Rabu. IV Drip dibekalkan pada hari Selasa dan Jumaat.

Farmasi Satelit

Pemberian Ubat melalui Carta Pengubatan untuk pesakit di wad mengikut sistem “Unit of Dose”, preskripsi pesakit discaj dan juga preskripsi pesakit dari Jabatan Kecemasan selepas waktu pejabat (bermula 6.00 pm setiap hari bekerja) dibekalkan dalam waktu operasi 24 jam di Farmasi Satelit.

 

 

  1. Farmasi Wad

Perbincangan terapi ubat pesakit bersama Pegawai Perubatan semasa rondaan wad, pengambilan sejarah pengubatan pesakit dalam, kaunseling pesakit dalam dan “bedside dispensing” Wad 2, 3, 3A, 4, 5, 6, 7, 9, NICU dijalankan oleh Pegawai Farmasi.

  1. Klinik Terapi Berhenti Merokok (TBM)

Pegawai Farmasi mendispens ubat & memberikan kaunseling kepada pesakit dalam Klinik TBM serta berbincang dengan Pegawai Perubatan mengenai terapi pesakit.

  1. MTAC Warfarin, Diabetes, RVD & Psoriasis

Dalam MTAC “Medication Therapy Adherence Clinic”, Pegawai Farmasi berperanan memaksimumkan manfaat terapi ubat kepada pesakit melalui pemberian pendidikan secara khusus dan terperinci mengenai ubat kepada pesakit dan perbincangan dengan Pegawai Perubatan mengenai terapi pesakit.

  1. Farmasi Farmakokinetik Klinikal

Pengukuran paras serum ubat penting dalam menentukan efikasi dan toksiksiti ubat yang mempunyai julat terapeutik yang sempit. Cadangan dos dan selang masa dos penting dalam memastikan pesakit mencapai paras terapeutik ubat.

  1. Farmasi Onkologi

Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik atau “Cytotoxic Drug Reconstitution” (CDR) diberikan kepada semua pesakit yang menjalankan rawatan kemoterapi di hospital ini. Aktiviti Farmasi Klinikal juga dijalankan di wad oleh Pegawai Farmasi yang berkaitan.

  1. Farmasi Nutrisi Parenteral

Perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit di dalam wad yang memerlukan nutrisi melalui parenteral.

  1. Program Rawatan Terapi Gantian Methadone

Program ini bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat penagihan dadah. Program ini dijalankan di Jabatan Psikiatrik 7am-10am setiap hari. Program ini dapat mengurangkan risiko perebakan jangkitan penyakit  akibat perkongsian jarum.

  1. Kaunseling Individu & Berkumpulan

Kaunseling individu mengenai ubat-ubatan diberikan kepada pesakit di Farmasi Pesakit Luar sepanjang waktu pejabat manakala kaunseling berkumpulan Diabetes berjadual diberikan kepada pesakit di Dewan Mutiara Hospital Seri Manjung.

  1. Farmasi Logistik

Ia berfungsi sebagai stor utama dalam memperolehi bekalan ubat dan perubatan melalui sumber APPL (Perjanjian Konsesi Pharmaniaga) / kontrak / sebutharga dan menjalankan aktiviti pembekalan kepada Farmasi / wad / unit di hospital.

 

 

  1. Pusat Maklumat Ubat

Di bawah unit ini, pertanyaan mengenai ubat-ubatan & keracunan boleh diajukan kepada Pegawai Farmasi.

 

 

Waktu Operasi

 

JENIS PERKHIDMATAN

Hari Bekerja

(Isnin-Jumaat)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Farmasi Pesakit Luar

7.30am - 6.00pm

(Waktu pembekalan ubat susulan hanya sehingga jam 5.00pm)

-

Program Terapi Gantian Metadon

(Klinik Metadon)

7.00am - 10.00am

7.00am - 10.00am

Farmasi Bekalan Wad

8.00am - 5.00pm

-

Farmasi Satelit

24 jam

(Pembekalan ubat kepada  pesakit wad & pesakit discaj. Pembekalan ubat kepada pesakit Jabatan Kecemasan selepas jam 6.00 pm )

24 jam

(Pembekalan ubat kepada pesakit Jabatan Kecemasan, pesakit wad, dan pesakit discaj)

Farmasi TDM

(Farmakokinetik Klinikal)

8.00am – 5.00pm

Secara on-call selepas waktu pejabat

(bagi kes toksik & temujanji)

Farmasi CDR

(Farmasi Onkologi)

8.00am – 5.00pm

-

Farmasi Nutrisi Parenteral

8.00am – 5.00pm

-

Pusat Maklumat Ubat

8.00am - 5.00pm

-

Farmasi Logistik (Stor)

8.00am - 5.00pm

-