• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Lain
  • Unit Kejururawatan

Unit Kejururawatan

PENDAHULUAN

Unit Kejururawatan Hospital Seri Manjung mula beroperasi seiring dengan beroperasinya Hospital Seri Manjung pada tahun 1995. Jumlah katil rasmi adalah sebanyak 293.

Bidang kejururawatan merupakan satu perkhidmatan sokongan yang penting didalam perawatan dan penjagaan pesakit yang memberi perkhidmatan secara optima dan holistic.

Unit ini telah berkembang kearah perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkualiti dengan pertambahan bilangan jururawat dari 508 (2015) ke 506 (2016) yang terdiri dari pelbagai kategori jururawat dari Gred U19 hingga Gred U42

Perkhidmatan kejururawatan meliputi dari disiplin Pembedahan, Perubatan, Ortopedik, Pediatrik, Obsteterik & Ginekology, Haemodialysis, Trauma & Kecemasan serta Ophtalmologi dan Psikiatrik.

Lokasi unit ini terletak berdekatan dengan Unit Pentadbiran yang berada di tingkat 1.

 

OBJEKTIF UNIT

* Untuk melicinkan pentadbiran dan penyeliaan di wad/unit dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti serta perhubumgan yang baik di antara kakitangan dan orang awam.

* Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf perawatan pesakit yang bermutu tinggi pada setiap masa, serta memenuhi kehendak pelanggan (pesakit)

 

FUNGSI

1       Memberi perkhidmatan perawatan kejururawatan yang berkualiti.

2       Memastikan “Code of Professional Conduct” sentiasa di amalkan oleh setiap anggota kejururawatan.

3       Mengururs anggota kejururawatan dan anggota sokongan yang berkaitan.

4       Penyeliaan perkhidmatan “linen laundry” dan juga perkhidmatan pembersihan.

5       Pengurusan “Central Sterile Supply Unit” (CSSU)

6       Merancang dan menyediakan anggota kejururawatan untuk mengikut kursus-kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

7       Memantau dan menilai perkhidmatan kejururawatan yang diberi adalah berkualiti..