Unit CSSU
Pengenalan
Unit Bekalan Alat Steril memberi perkhidmatan bekalan alat-alat steril kepada Dewan Bedah dan jabatan-jabatan klinikal yang lain di hospital. Unit ini memproses kainan, ‘soft dressing’ dan peralatan pembedahan untuk diguna semula di jabatan-jabatan di atas.
Skop Perkhidmatan
Sehingga kini, unit ini menanggung keperluan wad-wad, klinik-klinik dan jabatan-jabatan seperti berikut:
- a) Hospital Seri Manjung
- 14 wad termasuk unit khas seperti Dewan Bersalin, ICU/CCU, SCN, Jabatan Kecemasan dan Unit Hemodialisis
- 2 buah Dewan Bedah - GOT dan MOT
- semua klinik-klinik/unit - SOPD, MOPD, Klinik O&G, Unit X-Ray, Unit Fisioterapi, Makmal Klinikal, Tabung Darah
- Pertambahan unit seperti Psikiatri, pertambahan Dewan Bedah, pertambahan katil di Unit Rawatan Rapi, Nurseri Rawatan Khas dan Wad Kanak-Kanak.
- b) 6 Klinik Kesihatan dan 1 buah hospital desa (Hospital Desa Pulau Pangkor)
- c) Lain-lain hospital yang berdekatan seperti Hospital Changkat Melintang dan Teluk Intan akan menghantar set apabila mesin otokleb mereka mengalami kerosakan.
Aktiviti
1) Kursus/Seminar
Kursus-kursus ini bertujuan untuk membantu melengkapkan ahli anggota dengan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan dan justerunya memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan unit CSSU.
2) Aktiviti Kualiti
- Kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan pada 30 April hingga 7Mei 2010
- Lapuran Bulanan Key Performance Index (KPI) di CSSU.
- Projek QA Unit Kejururawatan dengan unit CSSU bertajuk ‘Mengurangkan kadar penolakan peralatan selepas pencucian’.