• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi

Pengenalan

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Seri Manjung  menyediakan perkhidmatan peri-operatif dan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit di daerah Manjung

Visi

Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi rawatan pembiusan, perkhidmatan Intensif, rawatan kesakitan dan semua yang berkaitan komuniti, dengan menggabungkan pelbagai disiplin klinikal yang lain di hospital ini secara holistik dan insani dengan pesakit.

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan pembiusan, rawatan intensif, dan juga perkhidmatan berkaitan yang berkualiti selaras dengan taraf penjagaan yang ditetapkan
  2. Meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit dan juga penjaga tentang pembiusan dan peranan Doktor Bius dalam rawatan dan pemulihan pesakit.
  3. Mengadakan “ Continuous Professional Development” untuk staf di jabatan termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan, kerana kami percaya bahawa aktiviti CPD ini akan menyumbang kepada penjagaan pesakit yang lebih berkualiti dan cermerlang.
  4. Menggalakkan semangat kerja berpasukan secara profesional antara staf di dalam jabatan .
  5. Mengadakan aktiviti peningkatan kualiti supaya dapat mejadi alat untuk meningkatakan taraf perkhidmatan jabatan .
  6. Menggalakkan dan mempromosikan penyelidikan klinikal


Skop perkhidmatan

  1. Pembiusan untuk pembedahan elektif dan juga kecemasan
  2. Klinik Anestesia untuk penilaian pesakit sebelum pembedahan
  3. Perkhidmatan Epidural untuk pesakit obstetrik di dewan bersalin
  4. Perkhidmatan kesakitan akut (APS) untuk menangani kesakitan selepas pembedahan
  5. Memberi rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi
  6. Perawatan anestesia untuk pesakit dari Unit Rawatan Harian

1.Perkhidmatan Pembiusan

Jabatan Anestesia dan Rawatan Intensif menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk membantu prosedur –prosedur dari pelbagai disiplin pembedahan di Hospital Seri Manjung.

Kompleks Dewan Bedah terdiri daripada sembilan bilik pembedahan yang dilengkapi dengan peralatan pembiusan yang moden dan terkini serta rekod perubatan elektronik.

2.Klinik Anestesia

Klinik Anestesia menyediakan konsultasi dalam mengoptimumkan keadan pesakit dari semua

Klinik Anesthesi menyediakan konsultasi pembiusan sebelum pembedahan dalam mengoptimumkan keadaan pesakit dari pelbagai disiplin pembedahan degan bertambahnya permintaaan terhadap penjagaan kesihatan semasa pembedahan. Ianya terletak di aras satu bangunan utama searas dengan dewan pembedahan dan juga unit rawatan rapi. Konsultasi disediakan oleh pakar Bius, pegawai perubatan dan juga Jururawat Terlatih.

Untuk Rujukan daripada ‘primary team’, Klinik anesthesia menyediakan penilian meyeluruh kepada pesakit dan jugak berkerjasama dengan disciplin-disiplin medical mahupun pemebedahan yang lain untuk konsultasi dan penilian sebelum pembedahan dijalankan dan ini telah membantu dalam menurunkan kadar pembatalan Kes.

JADUAL KLINIK

 

DAY

AM

PM


ISNIN-KHAMIS


9PG-1PTG


2PTG-5PTG


JUMAAT


9PG-1215PTG


2.45PTG - 5.00 PTG