• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Ortopedik

Jabatan Ortopedik

Jabatan Otopedik

Pengenalan

Perkhidmatan kepakaran Otopedik & Traumatologi telah dimulakan dengan Pakar Lawatan (Dr. Vejayan) dari Hospital Angkatan Tentera Lumut dengan klinik pertama pada 14 JAN 1999. Perkhidmatan ini beroperasi dengan sepenuhnya dengan penempatan Pakar Bedah Otopedik Dr.Suressh Kumar pada Nov. 2003. Jabatan ini memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang otopedik dan traumatologi meliputi kawasan-kawasan di Daerah Manjung. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan perkhidmatan kepakaran Otopedik dan Traumatologi bagi jabatan / unit di  Hospital Seri Manjung, hospital-hospital berdekatan, Klinik Kesihatan, hospital swasta dan pengamal-pengamal perubatan (Klinik Swasta).

 

Skop Perkhidmatan

  • Memberi perkhidmatan konsultasi dan rawatan kepakaran Otopedik &

   Traumatologi  kepada pesakit luar dan pesakit dalam.

  • Menjalankan pembedahan Otopedik & Traumatologi kepada pesakit.
  • Memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit.
  • Menyediakan laporan perubatan pesakit.
  • Mengendalikan program latihan / kursus untuk anggota jabatan dan warga

   Hospital Seri Manjung.

 

Jenis-jenis Pembedahan Otopedik yang dijalankan di Hospital Seri Manjung:

1)      Segala kes trauma ( kecuali spinal)

2)      Arthroplasty

3)      Total hip & total knee replacement

4)      General paediatric ortho surgery

 

Aktiviti

1-      Sambutan Hari Jururawat

2-      Aktiviti Peningkatan Kualiti

3-      CNE dan CME

 

Pencapaian

1)      Mencapai sasaran sifar komplikasi dalam merawat kes otopedik

2)      Mencapai sasaran waktu menunggu kurang daripada 90 minit