• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pengurusan
  • Unit Pengurusan Maklumat

Unit Pengurusan Maklumat

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat, Hospital Seri Manjung telah diwujudkan pada hujung bulan April tahun 2008 untuk membantu dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem serta program yang berkaitan dengan Sistem Maklumat di Hospital Seri Manjung.

Beberapa aplikasi dan rangkaian setempat telah disambung kepada talian yang telah dibekalkan oleh pihak kementerian iaitu talian 1Gov*Net. Beberapa program di peringkat Hospital seperti aplikasi Sistem eSPKB, HRMIS, e-Perolehan,e-Terimaan, SMRP dan eGL turut dilaksanakan. Capaian aplikasi-aplikasi tersebut adalah melalui talian yang telah dibekalkan oleh pihak KKM dan MAMPU. Selain daripada itu terdapat juga aplikasi dalaman yang dipantau dan diselia oleh unit ini. Antaranya adalah seperti Sistem PhIS, VMedics, Attendance System, LIS dan Sistem Pendaftaran Pesakit Unit Pengambilan Darah.

 

Skop Perkhidmatan

  • Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rangkaian di hospital
  • Menguruskan keperluan teknikal sistem aplikasi elektronik seperti eSPKB, ePerolehan, eTerimaan, HRMIS, eGL dan ePatuh
  • Menguruskan keperluan teknikal bagi sistem aplikasi dalaman iaitu PhIS, Vmedik, Attendence System,LIS dan Sistem Pendaftaran Pesakit Unit Pengambilan Darah.
  • Memberi khidmat nasihat dan menganalisa spesifikasi bagi pembelian peralatan serta perisian ICT.
  • Mengendalikan proses pelupusan aset peralatan ICT.
  • Memberi khidmat latihan, teknikal dari masa ke semasa apabila diperlukan

  

Aktiviti/Pencapaian

Unit Pengurusan Maklumat bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut :

 1- Perancangan Dan Pembangunan Infrastruktur ICT

 2- Khidmat Sokongan Sistem Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG)

 3- Khidmat Sokongan Teknikal / Penyenggaraan ICT (Perisian dan Perkakasan)

 4- Penyelenggaraan Sistem Aplikasi hospital

 5- Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT

 6- Pembangunan Laman Web Rasmi Hospital (http://hsmanjung.moh.gov.my/)

 7- Infrastruktur rangkaian, internet dan keselamatan ICT