• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pengurusan
  • Unit Pentadbiran/Sumber Manusia

Pentadbiran & Kewangan

Jabatan Pengurusan

Pentadbiran & Kewangan

Pengenalan

Jabatan Pengurusan bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Hospital Seri Manjung. Pelaksanaan tugas adalah di bawah Penolong Pengarah (Pengurusan) dan dibahagikan kepada dua portfolio yang berbeza di bawah penyeliaan seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N32, seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 dan seorang Penolong Akauntan Gred W27. Terdapat juga seorang Pembantu Tadbir Kanan Gred  W22 dan N22 yang membantu Penolong Pegawai Tadbir N32 menyelia secara langsung semua tugas yang dilaksanakan oleh anggota Sokongan 1 dan Sokongan II yang lain. Jabatan Pengurusan terdiri daripada Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan dan Hasil, Unit Khidmat Pelanggan dan Jabatan Rekod. 

 

Skop Perkhidmatan

  • Pengurusan hal-hal berkaitan pentadbiran hospital secara am
  • Pengurusan kutipan hasil dan kewangan hospital
  • Pengurusan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dan PRE
  • Pengurusan sistem fail meliputi pembukaan fail aktif/baru, rujukan nombor fail, dan    pelupusan fail/dokumen kewangan
  • Pengurusan penerimaan/penghantaran/pengedaran surat-surat hospital
  • Pengurusan aset alih Kerajaan (perubatan dan bukan perubatan) meliputi pembelian,  penerimaan, pendaftaran, penyelenggaraan, kehilangan/hapuskira dan pelupusan
  • Pengurusan Stor Alat Tulis dan pembekalan
  • Pengurusan Sumber Manusia, kenaikkan pangkat dan urusan tatatertib
  • Pengurusan  lima perkhidmatan sokongan hospital oleh syarikat konsesi Faber Medi Serve Sdn. Bhd, iaitu FEMS, BEMS, Linen, Clenasing, dan Clinical Waste Management Service
  • Pengurusan kemudahan kuarters untuk warga kerja hospital
  • Pengurusan kemudahan sewaan meliputi premis hospital, mesin fotostat dan alat kelui
  • Pengurusan perkhidmatan telefonis dan permohonan talian telefon/faks
  • Pengurusan hal-hal berkaitan protokol dan keselamatan hospital

 

 Aktiviti

  • Terlibat secara langsung dalam majlis-majlis rasmi peringkat hospital
  • Program Orientasi Anggota kepada setiap anggota yang melapor diri di Hospital Seri Manjung
  • Program Budaya Korporat di Hospital Seri Manjung
  • Lawatan dan Penyampaian Hadiah daripada Ahli Lembaga Pelawat Sempena Sambutan Hari Raya, Deepavali dan Krismas
  • Projek KIK yang  pertama diwujudkan bagi Unit Pentadbiran, HSM