• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam

1.0 Pengenalan

Unit Hal Ehwal Islam ditubuhkan pada 26 November 2013. Penempatan jawatan Pen. Peg. Hal Ehwal Islam adalah bertujuan untuk menggalakkan aktiviti keislaman di kalangan anggota Jabatan , pesakit dan waris melalui dakwah, penerbitan, pendidikan, latihan, pembangunan insan, khidmat nasihat dan runding cara dan penyeliaan fasiliti (surau).

 

2.0  Visi, Misi dan Objektif 

2.1 Visi

Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan pendidikan dan bimbingan dan jasmani yang berkualiti berlandaskan syariat Islam.

2.2 Misi

Unit Hal Ehwal Islam adalah memberi perkhidmatan yang terbaik berkaitan hal ehwal islam bagi merealisasiakn pembangunan insan yang syumul dalam pemahaman ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah kepada semua kakitangan dan pesakit Islam.

2.3 Objektif

  • Berusaha menyebarkan ajaran Islam secara berterusan kepada kakitangan, pesakit dan keluarga;
  • Memupuk dan membimbing kakitangan ke arah pelaksanaan tugas dengan lebih wibawa, amanah dan berhikmah;
  • Menggalakkan pengurusan sistem kerja berteraskan nilai akhlak dan etika Islam; dan
  • Memberi pendedahan kepada kakitangan untuk memahami keperluan yang utama berkait dengan hal-hal ibadah menurut syariat Islam.

 

3.0 Senarai Tugas :

  1. Merangka/ merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan dengan keagamaan (kebesaran Islam) di HSM.
  2. Merangka/ merancang dan melaksanakan penerangan atau mengadakan majlis ilmu kepada kakitangan hal yang berkaitan dengan Islam sebagai satu cara hidup serta ibadah ketika sakit.
  • Memberi khidmat nasihat dan bimbingan/ rundingcara kepada kakitangan/ keluarga/ pesakit atau keluarga pesakit berkaitan dengan masalah nikah cerai/ kekeluargaan dan kerjaya.
  1. Menyelia/ mengurus dan membantu hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Jenazah Muslim terutama kepada yang tidak berwaris.
  2. Membuat Lawatan ziarah pesakit ke Wad.
  3. Mencari dan berkongsi maklumat tentang masalah hukum dan fatwa yang ada kaitan dengan masalah perubatan dan Islam.
  • Menyelaras dan merancang aktiviti bersama agensi kerajaan dari luar Hospital atau NGO.
  • Membuat draf doa dan membaca doa di majlis-majlis rasmi.
  1. Mengazan dan Iqamah kepada kanak-kanak yang baru lahir terutama kepada yang tidak berwaris.
  2. Lain-Lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.