• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Dietetik dan Sajian

Jabatan Dietetik Dan Sajian

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian  berfungsi untuk menyediakan hidangan diet normal dan diet teraputik yang bermutu kepada pesakit dalam membantu mempercepatkan proses pemulihan pesakit secara maksima dan berkesan serta memberi perkhidmatan dietetik klinikal bagi pesakit dalam dan pesakit luar 

Skop Perkhidmatan

1-     Perkhidmatan Penyediaan Makanan

  • Jabatan Dietetik dan Sajian dibuka setiap hari dalam setahun dari 6.30 pagi sehingga 6.30 petang
  • Jabatan sajian beroperasi dalam tempoh 12 jam iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga ke pukul 6.30 petang dan anggota yang terlibat dalam operasi dibahagikan kepada 2 shift.
    • Shift pagi        : 6.30 pagi hingga 1.30 tengahari
    • petang             :11.30 tengahari hingga 6.30 petang

 

  1. Perkhidmatan Dietetik klinikal

 

  • Perkhidmatan Dietetik klinikal iaitu Medical Nutrition Therapy akan dijalankan oleh Pegawai Dietetik dalam tempoh waktu pejabat iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut penerimaan rujukan daripada wad.
  • Pegawai Dietetik akan membuat lawatan ke wad bagi pesakit dalam dalam tempoh 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam.

 

  • Pegawai Dietetik akan menemui pesakit di klinik pesakit luar mengikut temujanji yang telah ditetapkan iaitu:

 

        Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat

        Masa:  9.30 pagi hingga 1.00 tengahari untuk hari Isnin dan Rabu

                   9.30 pagi hingga 12.15 tengahari untuk hari Jumaat

        Hari : Selasa ( Kelas Pendidikan Diabetes untuk ibu mengandung)

        Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 Tengahari