Unit Fisioterapi

Pengenalan

Tahun 2009 menyaksikan banyak  perubahan yang berlaku di dalam Unit Fisioterapi terutama dari segi pentadbiran unit di mana lebih teratur dan sistematik. Semua kakitangan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing selain klinikal.

Skop Perkhidmatan

Pemulihan pesakit secara menyeluruh dengan melibatkan rawatan fizikal dan program rehabilitasi ke tahap paling optima dan melakukan “Cardiac Rehabilitation Programme” di wad perubatan. Selain itu juga membuat aktiviti senaman berkumpulan, diadakan  sekurang-kurangnya sebulan sekali di  Unit Fisioterapi mengikut program.

 

Aktiviti

 1)      Aktiviti bersama warga emas dan kanak-kanak istimewa di Klinik Kesihatan Ayer Tawar dan Kempen Kurangkan Gula

2)      Mesyuarat Teknikal Profesyen Fisioterapi Peringkat Kebangsaan di Hospital Sultanah Bahiyah

3)      Bersama-sama Unit O&G dalam memberi  ceramah di dalam kelas Antenatal pada Khamis, minggu ke 2 di gimnasium

4)      Bersama-sama Unit Pendidikan , Dietetik , MOPD dan Farmasi memberi  penerangan tentang Diabetes dan Cardiac Rehab Programme (CRP)

5)      Menjalankan Kajian National Indicator Approach Oswestery Low Back Pain, indicator 3 dan 4 diserahkan kepada Unit Kualiti setiap bulan

6)      Mengumpul data untuk “Motor Assessment Scale” bagi pesakit Stroke yang mengikuti program rehabilitasi

7)      Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) dan Kajian Masa Menunggu (KMM)

 

Pencapaian

Projek Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang pertama bagi unit ini gabungan bersama Unit Pemulihan Cara Kerja  iaitu Kumpulan  STAMINA yang bertajuk “Kekurangan  Rujukan Pre-Op Chest Physio di Wad Pembedahan Hospital Seri Manjung” – mendapat tempat kedua  dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak.

 

B) Unit Pemulihan Carakerja

Pengenalan

Unit Pemulihan Carakerja HSM, telah memulakan perkhidmatannya  pada bulan September 2006, dengan seorang Jurupulih Carakerja. Ianya berkembang selaras dengan keperluan pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan pemulihan carakerja dan sehingga kini, unit ini telah mempunyai seramai 7 orang JPCK. Unit ini telah beroperasi di bangunannya sendiri sejak Januari 2011, yang telah memberi  keselesaan kepada semua pesakit dan staf untuk menjalani rawatan Pemulihan Carakerja yang komprehensif bagi meningkatkan tahap kefungsian yang maksima dalam kehidupan seharian dari aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian melalui strategi pencegahan dan rehabilitasi.

 

Skop Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan rawatan pemulihan cara kerja kepada pesakit luar dan pesakit wad yang dirujuk dari pelbagai kondisi, iaitu :

  • Pediatrik - Down Sindrom, Cerebral Palsi, Mentally Retarded, Autism, ADHD, Slow Learner, School Refusal dsb.
  • Perubatan – CVA, Hemiparesis, Rheumatoid Arthritis, Hypertension, Diabetes Mellitus dsb.
  • Ortopedik – Kes-kes Fracture, Flexor / Extensor Tendon Cut, Kecederaan Saraf Radial/Median/Ulnar, Osteoarthritis, CTS,  Amputasi, Kecederaan Spinal dsb.
  • Pembedahan – Vericose Vein, Kes Kebakaran, Kes selepas pembedahan dsb.
  • Neurosurgeri (lawatan pakar) – head injury, Traumatic Brain Injury, Intracranial Bleed, Sub Dural Haemorrage dsb.
  • O & G – Kes sebelum / selepas pembedahan,  DVT dsb.
  • Psikiatri – Schizophrenia, Kes Neurosis, Kes Psikosis, Maniac Depression Personality, Obsessive Compulsive Disorder, dsb.

Intervensi rawatan di jalankan secara individu dan juga berkumpulan mengikut temujanji. Unit ini juga menerima rujukan daripada hospital kerajaan dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.

Aktiviti / Pencapaian

1.Menjalankan aktiviti berkumpulan bagi kes Pediatrik yang bersesuaian pada setiap bulan.

2.Menjalankan rawatan Psikososial Rehab (PSR) bagi kes Psikiatri, 2 kali sebulan di Klinik Kesihatan Ayer Tawar.

3.Menjalankan Projek Inovasi peringkat hospital bertajuk ‘Lutho Plantar Foot’.

4.Memasuki Pertandingan Badminton terbuka anjuran KESUKA - perseorangan dan berkumpulan.

5.Menjayakan Hari Pemulihan Carakerja Peringkat Negeri Perak bersama Hospital Changkat Melintang dan Hospital Teluk Intan.

6.Menjayakan Karnival Kesihatan HSM.

 

C) Unit Terapi Pertuturan

Pengenalan

Perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan Hospital Seri Manjung bermula sebagai lawatan bulanan pada Jun 2010 oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan dengan kekerapan setiap dua minggu.

Pada Julai 2014, perkhidmatan ini secara rasmi telah memulakan operasinya dengan menempatkan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di hospital ini secara tetap.

 

OBJEKTIF UMUM

Memberikan perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah komunikasi, bahasa, pertuturan dan penelanan.

 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Menjalankan penilaian, intepretasi, diagnosis dan merancang pelan rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah komunikasi.
  2. Mengendalikan pesakit yang mempunyai kelewatan perkembangan bahasa dan pertuturan, masalah suara, gagap, masalah sebutan (pelat, sumbing bibir dan lelangit), masalah kecelaruan bahasa perolehan di kalangan dewasa (aphasia) dan masalah feeding and swallowing (penelanan).
  • Menjalankan sesi konsultasi dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga berkaitan masalah komunikasi
  1. Menyedia dan memberikan latihan program di rumah kepada pesakit
  2. Merancang, menyelia dan melaksanakan latihan penggunaan kaedah komunikasi bantuan dan gantian (AAC) kepada pesakit-pesakit bermasalah komunikasi yang teruk.
  3. Menyediakan laporan berkaitan pemulihan dan kemajuan pesakit.

 

Berikut adalah maklumat berkaitan unit dan sebarang urusan yang berkaitan dengan unit ini boleh menghubungi:

            Nama               : Pn. Noor Azira binti Arifin

                                    : Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)

            Tempat            : Klinik Pakar Pediatrik dan O&G (Bilik 11)

            Tel.                  : 05-6896942

            Email               : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.