Unit Pemulihan Carakerja

Pengenalan

Unit Pemulihan Carakerja HSM, telah memulakan perkhidmatannya  pada bulan September 2006, dengan seorang Jurupulih Carakerja. Ianya berkembang selaras dengan keperluan pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan pemulihan carakerja dan sehingga kini, unit ini telah mempunyai seramai 7 orang JPCK. Unit ini telah beroperasi di bangunannya sendiri sejak Januari 2011, yang telah memberi  keselesaan kepada semua pesakit dan staf untuk menjalani rawatan Pemulihan Carakerja yang komprehensif bagi meningkatkan tahap kefungsian yang maksima dalam kehidupan seharian dari aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian melalui strategi pencegahan dan rehabilitasi.

 

 

Skop Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan rawatan pemulihan cara kerja kepada pesakit luar dan pesakit wad yang dirujuk dari pelbagai kondisi, iaitu :

  • Pediatrik - Down Sindrom, Cerebral Palsi, Mentally Retarded, Autism, ADHD, Slow Learner, School Refusal dsb.
  • Perubatan – CVA, Hemiparesis, Rheumatoid Arthritis, Hypertension, Diabetes Mellitus dsb.
  • Ortopedik – Kes-kes Fracture, Flexor / Extensor Tendon Cut, Kecederaan Saraf Radial/Median/Ulnar, Osteoarthritis, CTS,  Amputasi, Kecederaan Spinal dsb.
  • Pembedahan – Vericose Vein, Kes Kebakaran, Kes selepas pembedahan dsb.
  • Neurosurgeri (lawatan pakar) – head injury, Traumatic Brain Injury, Intracranial Bleed, Sub Dural Haemorrage dsb.
  • O & G – Kes sebelum / selepas pembedahan,  DVT dsb.
  • Psikiatri – Schizophrenia, Kes Neurosis, Kes Psikosis, Maniac Depression Personality, Obsessive Compulsive Disorder, dsb.

Intervensi rawatan di jalankan secara individu dan juga berkumpulan mengikut temujanji. Unit ini juga menerima rujukan daripada hospital kerajaan dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.

 

 

Aktiviti / Pencapaian

1.Menjalankan aktiviti berkumpulan bagi kes Pediatrik yang bersesuaian pada setiap bulan.

2.Menjalankan rawatan Psikososial Rehab (PSR) bagi kes Psikiatri, 2 kali sebulan di Klinik Kesihatan Ayer Tawar.

3.Menjalankan Projek Inovasi peringkat hospital bertajuk ‘Lutho Plantar Foot’.

4.Memasuki Pertandingan Badminton terbuka anjuran KESUKA - perseorangan dan berkumpulan.

5.Menjayakan Hari Pemulihan Carakerja Peringkat Negeri Perak bersama Hospital Changkat Melintang dan Hospital Teluk Intan.

6.Menjayakan Karnival Kesihatan HSM.