• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial

Unit Kerjasosial Perubatan

Pengenalan
 
Unit Kebajikan Perubatan ditubuhkan pada tahun 1993 di Hospital Lumut seterusnya dikenali sebagai Unit Kerja Sosial Perubatan setelah dipindahkan ke Hospital Seri Manjung pada tahun 1995. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (Medical Social Work) berperanan khususnya dalam memberi khidmat sokongan psikososial melalui pendekatan kaunseling, kerjasama berpasukan serta mewujudkan rangkaian perkhidmatan dalam komuniti untuk kepentingan perkhidmatan pesakit. Unit Kerja Sosial Perubatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua unit klinikal yang beroperasi berasaskan kepada keperluan psikososial pesakit.

 

Skop Perkhidmatan


Antara perkhidmatan kerja sosial yang diberikan adalah seperti berikut:-
•Urusan penempatan institusi bagi kes-kes terdampar.

  • Urusan perlindungan berkaitan kes yang melibatkan undang-undang seperti penganiayaan, pengabaian dan penderaan kanak-kanak, kes keganasan rumah tangga dan sebagainya.
  • Urusan mendapatkan bantuan kewangan sara diri atau keluarga.
  • Urusan mendapatkan bantuan kewangan untuk pembiayaan peralatan dan ubat-ubatan daripada badan-badan kebajikan atau agensi berkaitan.
  • Urusan memberikan sokongan emosi melalui kaedah kaunseling kepada pesakit-pesakit normal dan keluarga mereka yang bermasalah seperti  kes ibu tanpa nikah, kes keganasan rumahtangga, kes pesakit kronik dan sebagainya.
  • Urusan membuat penilaian psikososial pesakit dan keluarga bagi membantu perancangan rawatan komprehensif yang melibatkan aspek sosial pesakit seperti kes-kes psikiatri.
  • Bantuan kewangan segera turut diberikan seperti tambang rawatan, perbelanjaan semasa dalam rawatan sebagainya.
  • Masalah-masalah sosial lain yang boleh mengganggu keperluan rawatan dan pemulihan pesakit
  • Mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk menilai keperluan pemulihan, mengenalpasti masalah-masalah sosial yang lain, meningkatkan 'social support', 'family education' dan lain-lain.

 

Aktiviti

Selain perkhidmatan kerja sosial yang diberikan, Jabatan juga terlibat dengan aktiviti lain seperti berikut:-

1)                  Jabatan ini juga turut memberikan komitmen dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah, bengkel dan forum awam mengikut jemputan.

2)                  Terlibat dalam membantu aktiviti-aktiviti Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Seri Manjung.

3)                  Terlibat dalam aktiviti dan kursus yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) Malaysia, PKSP Zon Utara dan PKSP Negeri Perak.

4)                  Lain-lain aktiviti hospital

 

Pencapaian

Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah menyumbang untuk keperluan dan keselesaan pesakit di Hospital Seri Manjung melalui Tabung Kebajikan PerubatanMalaysia. Ini termasuklah peralatan audio-visual dan ‘patient kit’ di wad dan klinik.