• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan rekod Perubatan Hospital Seri Manjung mengadakan sistem penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran rekod-rekod perubatan pesakit yang teratur dan kemaskini. Ianya turut mengendalikan pengkelasan rekod mengikut sistem ICD10 dan semua statistik, termasuk 'Medico legal' dan laporan perubatan dengan cekap dan berkesan serta menyediakan laporan-laporan dan statistik ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNPK) secara berkala.

 

Skop Perkhidmatan

  1.  Jabatan Rekod menyimpan, menyusun, mengemaskini dan mengeluarkan rekod-rekod perubatan (nota kes) pesakit dengan selamat mengikut keperluan.
  2. Menyediakan rekod-rekod perubatan Klinik Pakar sekurang-kurangnya 72 jam dari tarikh temujanji.
  3. Menyediakan rekod-rekod perubatan pesakit dalam mengikut permintaan yang dipohon
  4. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan rekod-rekod perubatan atau nota kes pesakit.
  5. Jabatan ini juga mengendalikan permohonan laporan perubatan daripada pihak yang memerlukan seperti Polis, PERKESO, Peguam, Majikan,Mahkamah,Syarikat Insuran dan pesakit sendiri.
  6. Jabatan ini menyediakan statistik bulanan dan tahunan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) berkomputer bagi pesakit dalam.
  7. Pengurusan statistik bagi Pesakit Luar, perkhidmatan sokongan dan lain-lain, Laporan tahunan dan lain-lain statistik Hospital Seri Manjung yang berkaitan.

8.Mengumpul data-data bagi Program 'Quality Assurance'.

  1. Membuat notifikasi bagi penyakit-penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
  2. Melupuskan rekod-rekod Perubatan yang telah tamat tempoh simpanan selaras dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Arkib NegaraMalaysia.
  3. Pejabat Rekod Perubatan hanya dibuka waktu pejabat sahaja.

 

Aktiviti dan Pencapaian

Jabatan ini mengendalikan permohonan laporan perubatan daripada pihak yang memerlukan seperti Polis, PERKESO, Peguam, Majikan, Mahkamah, Syarikat Insurans dan pesakit sendiri dengan tempoh siap yang dijanjikan adalah dalam masa tidak melebihi I bulan dari tarikh permohonan dibuat. ( NIA yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada 95% )

Jabatan ini haruslah memastikan bahawa semua BHT pesakit yang telah ‘Discharge’ dihantar dengan lengkap ke Jabatan rekod dalam masa 72 jam daripada masa pesakit dibenarkan keluar daripada wad. ( NIA yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada 95% )