• Laman Utama
  • Swasta / Perniagaan
  • Kenyataan Tawaran Terkini

Kenyataan Tawaran Terkini

TAWARAN SEBUT HARGA PEMBEKALAN SUSU PELBAGAI FUNGSI BAHAGIAN l: SUSU "MEDICAL FOOD FORMULA FOR ADULT" BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN DI JABATAN SAJIAN DAN DIETETIK HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK

 Tawaran Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat / pembekal Bumiputera yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang seperti berikut :

1. Dokumen Sebut harga boleh diambil di Unit Perolehan, Hospital Seri Manjung, 32040 Seri Manjung Perak pada waktu pejabat.
2. Dokumen Sebut harga adalah PERCUMA.
3. Dokumen boleh diambil oleh syarikat/wakil syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini, syarikat berkenaan DIWAJIBKAN membawa sijil asal Pendaftaran Kementerian Kewangan dengan kod bidang seperti di atas dan Sijil Taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) yang mana tempoh pendaftaran masih sah semasa mengambil dokumen sebutharga.
4. Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih atau 0.4% bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
5. Semua Dokumen Sebut harga mestilah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah ditetapkan seperti di atas sebelum atau pada 06 APRIL 2017 (Khamis) sebelum jam 12.00 Tengahari, di Jabatan Pengurusan Hospital Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak. Sebutharga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Pengarah
Hospital Seri Manjung
32040 Seri Manjung Perak
KENYATAAN SEBUTHARGA
TARIKH IKLAN : 27 MAC 2017