OBJEKTIF HOSPITAL SERI MANJUNG

 

Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang mudah diperolehi, bersesuaian, mencukupi, selesa, cekap, berkesan dan bermutu tinggi supaya dapat menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan mencapai penyembuhan yang awal dan maksima.

 

VISI HOSPITAL SERI MANJUNG

 

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

MISI HOSPITAL SERI MANJUNG

 

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikut teknologi
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • Inovatif

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat