• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan

Jabatan Pembedahan

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am Hospital Seri Manjung menyediakan perkhidmatan rawatan kepada semua kes berkaitan pembedahan am merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam, pembedahan elektif dan kecemasan serta rawatan endoskopi.

Jabatan Pembedahan Am menjalankan fungsi-fungsinya melalui 3 unit utama :
1. Wad Pembedahan (Wad 6) dengan 28 buah katil.
2. Klinik Pakar Pembedahan pada setiap Isnin dan Rabu.
3. Unit Endoskopi.


SKOP PERKHIDMATAN

1. Wad Pembedahan
- Rawatan pesakit dalam
- Persediaan pesakit untuk pembedahan elektif dan kecemasan
- Pendidikan kesihatan

2. Klinik Pakar Bedah
- Melihat kes-kes rujukan baru dan rawatan susulan
- Kaunseling dan khidmat nasihat kepakaran
- Melakukan prosedur FNAC, biopsi, rawatan luka dan buka jahit
- Merujuk pesakit ke hospital atau institusi lain bila perlu
- Lawatan Pakar Neurosurgeri
- Lawatan Pakar ENT

3. Unit Endoskopi
- Rawatan diagnostik dan terapeutik untuk Upper Endoscopy atau OGDS
- Rawatan diagnostik dan terapeutik untuk Lower Endoscopy atau kolonoskopi
- Perkhidmatan kecemasan endoskopi 24 jam

4. Lawatan Franchise Klinik
- Memberi rawatan dan pendidikan kesihatan berkaitan pembedahan am sebulan sekali kepada pesakit-pesakit di Klinik Pakar Hospital Changkat Melintang, Klinik Pangkor dan Klinik Kesihatan Pantai Remis.

 

WAKTU KLINIK PAKAR BEDAH HOSPITAL SERI MANJUNG

ISNIN 8am – 1pm , 2pm – 5pm
RABU 8am – 1pm , 2pm – 5pm