
Kesihatan Diri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan sihat sebagai :
" Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit ".
Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.
Kesihatan adalah satu isu yang penting dan individu yang sihat boleh memainkan peranan yang efektif dalam pembagunan masyarakat dan negara. oleh itu jagalah kesihatan kerana anda adalah aset yang paling berharga untuk masyarakat, agama, bangsa dan negara.


































