TARIKH IKLAN : 16.12.2016

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang, sub bidang atau pecahan bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan menyertai sebut harga berikut:-
Penyebutharga yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah mengambil dokumen sebut harga di Unit Perolehan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh seperti alamat yang tertera di atas. Hanya Penyebutharga atau wakilnya yang sah sahaja boleh mendapatkan dokumen sebut harga tersebut. Setiap Penyebutharga atau wakilnya dihadkan untuk mengambil satu (1) dokumen sebut harga sahaja dan tidak dibenarkan untuk mewakili Penyebutharga-Penyebutharga yang lain.
Penyebutharga yang ingin mengambil dokumen sebut harga tersebut DIWAJIBKAN membawa SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN (ASAL) serta satu salinan bagi sijil tersebut (tidak akan dikembalikan) untuk kegunaan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Penyebutharga adalah diingatkan bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600.00 bagi transaksi RM1.2 juta atau lebih ATAU setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800.00 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
Semua dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis nombor sebut harga di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di alamat seperti di atas. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai DOKUMEN sebut harga boleh berhubung dengan Puan Shaherna binti Ab. Wahab di talian 05-208 5075 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk hari cuti kelepasan am).

| No. Sebutharga / Tajuk Sebutharga | Kod Bidang/ Kelas Pendaftaran | Tarikh, Masa dan Tempat Serahan (Tutup Sebut Harga) |
| P.HRPB 46 / 2016 (Q) Membekal dan Menghantar Reagen Rental Secara Cost Per Reportable bagi “Hemostasis” Di Unit Hematologi Bagi Tempoh Empat ( 4 ) Bulan Mulai 16 Januari 2017 atau Sehingga Kontrak Baru Diperolehi |
050102 | Tarikh : 28.12.2016 Masa : 12.00 t/hari Tempat Serahan :- Peti Sebutharga, Unit Perolehan, Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Jalan Raja Ashman Shah (Jalan Hospital), 30450 Ipoh, Perak. |