TARIKH IKLAN : 13.09.2016
PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan menyertai sebut harga berikut:-
|
No. Sebut Harga / Keterangan Sebutharga |
Tarikh, Masa & Tempat Tarikh Tutup |
Kod Bidang/ Kelas Pendaftaran |
Tarikh, Masa & Tempat Taklimat/Lawatan Tapak |
|
PKM 07/2016
Tawaran Kerja – kerja Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan Di *Klinik Kesihatan Pantai Remis
|
Tarikh tutup: 26.09.2016 (Isnin) Masa tutup : 12.00 t/hari Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Jalan Dato’ Ahmad Yunus, 32000 Sitiawan, Perak.
|
Gred G1 Kategori B/ CE/ ME |
Tarikh Lawatan Tapak : Masa : 10.00 pagi Tempat : KK Pantai Remis
|
Kontraktor dan penama yang sah sahaja boleh mendapatkan dokumen sebut harga. Setiap Kontraktor atau penama dihadkan untuk mengambil satu (1) dokumen sebut harga sahaja dan tidak dibenarkan untuk mewakili Kontraktor-Kontraktor yang lain. Kontraktor yang ingin mengambil dokumen sebut harga tersebut DIWAJIBKAN membawa SIJIL YANG BERKAITAN (Asal) semasa LAWATAN TAPAK dijalankan. Kontraktor yang tidak menghadiri sesi lawatan tapak TIDAK DIBENARKAN untuk mengambil dokumen sebut harga.
Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis nombor sebut hargadi sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di alamat seperti di atas
Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih atau 0.4% bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
Kontraktor adalah diingatkan jumlah tawaran harga yang dimasukkan hendaklah tidak termasuk caj 6% Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Semua dokumen hendaklah dihantar sebelum atau pada 26.09.2016 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan diterima dan ditolak.