Jabatan Oftalmologi

Pengenalan

Pada 30 Januari 2009 projek pembinaaan Klinik Oftalmologi telah dijalankan di bawah PRE 1 dan telah siap sepenuhnya pada 26 Mei 2009. Klinik baru ini mempunyai 8 bilik iaitu 3 bilik pemeriksaan doktor, 1 bilik Refraksi, 1 bilik Gelap, 1 bilik Laser, 1 bilik kad, 1 bilik rawatan, ruangan untuk Ujian Penglihatan dan ruangan menunggu pesakit. Klinik ini sudah tentu lebih selesa berbanding dengan klinik lama yang hanya mempunyai 4 bilik sahaja. Penyerahan kunci dan T&C telah dibuat antara Kontraktor dengan Pengarah Hospital , Ketua Jabatan Oftalmologi, Pihak Pengurusan, SIHAT dan FABER pada 27 Mei 2009. Peralatan klinik telah dipindahkan ke klinik baru pada 29 Julai 2009 dan mula beroperasi pada hari Jumaat, 31 Julai 2009.

 

Skop Perkhidmatan

Memberi rawatan berkaitan masalah mata yang dihidapi serta melakukan pembedahan bagi kes-kes tertentu. Selain itu juga terdapat Pakar Oftalmologi dari Jabatan Oftalmologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh membuat lawatan dan memberi perkhidmatan perawatan dan pembedahan kepada pesakit khasnya pesakit Glaucoma pada minggu pertama (khamis) setiap 2 bulan sekali.

 

Aktiviti /Pencapaian

1)      Mengikuti dan menjalankan CME dan CNE

2)      Tempat Ke-6 Projek QA peringkat Hospital

3)      Johan Gerai Terbaik hari Terbuka Hospital Seri Manjung

 

 


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Seri Manjung, Perak.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Jumaat 02 Disember 2022, 23:59:00.
 
Jumlah Pelawat : 

1343193 (393)

Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran Hospital Seri Manjung
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga Hospital

Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Senarai Fasiliti Disediakan
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
No events
Tender & Sebutharga