Unit Pentadbiran

Unit Pentadbiran diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan HSM yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah Hospital. Unit Pentadbiran terdiri daripada sub unit berikut :

  • Pengurusan Majlis
  • Pengurusan Surat Menyurat Dan Fail
  • Pengurusan Kenderaan/Keselamatan Dan Kebersihan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1.

Pengurusan Dewan

2.

Pengurusan Latihan

3.

Perkhidmatan Kenderaan

 

  • Tempahan/permohonan penggunaan kenderaan jabatan
  • Mengatur jadual pemandu dan kenderaan
  • Memaklumkan kepada pemohon keputusan permohonan (Nama pemandu, kenderaan)

4.

Pengurusan Khidmat Pelanggan

 

  • Menerima panggilan dalaman utk disambungkan ke luar.

5.

Pengurusan Pas Keselamatan/Pas Pelawat

 

  • Membekal Pas Keselamatan kepada anggota HSM.
  • Membekal Pas Pelawat kepada pelawat yang ingin menunggu pesakit di wad(bermalam)

6.

Pengurusan Permohonan Kebenaran Keluar Negara

 

  • Menerima permohonan anggota untuk kebenaran keluar negara.
  • Permohonan anggota gred 41 ke atas kelulusan di peringkat KKM manakala anggota gred 41 ke bawah kelulusan di peringkat Pengarah JKN Perak.

 

Unit Sumber Manusia

 

Pengenalan

Unit Sumber Manusia merupakan salah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Seri Manjung, berperanan menguruskan sebahagian besar operasi pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif.

Unit diketuai oleh seorang Penolong Pegawai N32  dan dibantu oleh Seorang (1) Pembantu Tadbir Kanan N22 dan 6 orang Pembantu Tadbir N19.

 

Perkhidmatan

 

A. Pengurusan Perlantikan dan Penamatan

1. Menguruskan perlantikan, pemberian taraf berpencen dan perlanjutan tempoh percubaan bagi anggota lantikan tetap

2. Menguruskan permohonan pengambilan pekerja sambilan harian (PSH) dan sessional tertakluk kepada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta menguruskan perlantikan anggota lantikan kontrak

3. Memproses pengesahan perkhidmatan anggota lantikan tetap dalam tempoh tiga (3) tahun selepas tarikh lantikan, bagi anggota yang telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan

4. Menguruskan proses pertukaran masuk dan pertukaran keluar anggota

5. Mengendalikan urusan pemberhentian anggota seperti perletakan jawatan, pelepasan jawatan dengan izin, persaraan wajib atau pilihan dan penamatan perkhidmatan

 

B. Pengurusan Kenaikan Pangkat

1. Menguruskan permohonan dan memproses dokumen untuk kenaikan pangkat/pemangkuan secara time based atau laluan kerjaya bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana mengikut tempoh yang ditetapkan

 

C. Pengurusan Cuti dan Elaun

1. Menguruskan permohonan pelbagai jenis cuti anggota untuk kelulusan di peringkat Pengarah Hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Mengendalikan urusan pelarasan gaji dan kenaikan gaji tahunan anggota dengan syarat anggota menepati syarat yang ditetapkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak

3. Menyelaraskan urusan permohonan elaun tanggung kerja anggota mengikut peraturan yang berkuatkuasa

4. Menguruskan permohonan elaun-elaun bagi yang berkelayakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa

 

D. Pengurusan Perjawatan dan HRMIS

1. Menyelaraskan rekod reten perjawatan dan pengisian perjawatan yang diluluskan dan diagihkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Menyelaras permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dari jabatan mengikut garispanduan yang ditetapkan, sekiranya terdapat tawaran dan arahan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian Kesihatan Malaysia

3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan penggunaan aplikasi HRMIS bagi tujuan merekod maklumat diri, cuti, isytihar harta, penilaian prestasi dan lain-lain, selaras dengan KPI Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa

 

E. Pengurusan Prestasi dan Kompetensi

1. Mengurus setiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) peringkat HSM yang bertanggungjawab menyelaras pencalonan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

2. Menyelaraskan dan memantau urusan permohonan pembaharuan Annual Practice Certificate (APC)

3. Menguruskan permohonan Program Transformasi Minda (PTM), post basic, parallel pathway dan Ijazah Lanjutan anggota

4. Memantau dan menyelaras bersama Jawatankuasa Induk Orientasi Hospital bagi kehadiran pegawai lantikan baharu/bertukar masuk untuk orientasi dalam masa tiga (3) bulan selepas melapor diri

5. Menyelaras permohonan perancangan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dari jabatan

6. Memantau pelaksanaan kursus/latihan dan prestasi perbelanjaan Peruntukan LDP Modal Insan serta membuat pelaporan berkala kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengikut keperluan

7. Menyelaras pengisian borang penilaian keberkesanan kursus anggota dan mentadbir sistem rekod latihan HSM (MyCPD & eLatihan)

8. Menguruskan permohonan dan rekod latihan praktikal/elective posting/attachment

 

F. Pengurusan Tatatertib

1. Mengurus setiakan dan membentangkan laporan/ kes untuk tindakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib peringkat HSM.

2. Mengendalikan urusan tatatertib seperti menerima laporan tatatertib dan menyediakan dokumen untuk prosedur tatatertib, selaras dengan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam, pekeliling-pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa