Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental
Pengenalan dan Skop Perkhidmatan
Unit ini bermula perkhidmatannya pada bulan November tahun 2008. Perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini ialah rawatan kepakaran dalam bidang psikiatrik. Perkhidmatan psikiatrik yang diberi adalah secara rawatan sebagai pesakit luar dan rawatan untuk pesakit dalam wad. Klinik psikiatrik beroperasi pada setiap hari bekerja pada waktu pejabat. Manakala Klinik Methadone berlangsung pada setiap hari antara pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Perkhidmatan rawatan psikiatrik dalam wad dijalankan sepanjang masa untuk pesakit psikiatrik yang memerlukan kemasukan ke hospital. Terdapat seorang pakar psikiatri dan seorang pegawai perubatan menjalankan tugas panggilan pada setiap hari. Rawatan psikiatrik dan khidmat nasihat diberikan sepanjang masa untuk rujukan-rujukan daripada Klinik-klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Manjung.
Aktiviti / Pencapaian
1) CME dan CNE
2) Projek QA