JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN 

VISI DIETETIK DAN SAJIAN

Jabatan Dietetik dan Sajian menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang  lebih baik.

MISI DIETETIK DAN SAJIAN

 adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  • untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  • untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • mengutamakan pelanggan
    • saksama tidak membebankan
    • cekap wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif
  • dengan menekankan:
    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

 PIAGAM PELANGGAN

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Kami berjani untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyanyang dan berkualiti :

  • Setiap pesakit yang dimasukkan ke wad akan dihidangkan makanan mengikut kelas kelayakan yang sepatutnya seperti yang diinden oleh wad.
  • Setiap pesakit akan dihidangkan dengan makanan yang bersih, selamat dan berkhasiat.
  • Setiap pesakit akan dihidangkan dengan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam seperti yang diinden oleh wad.
  • Makanan akan siap disediakan untuk diambil oleh wad mengikut waktu berikut :

Sarapan                            :   8.00 Pagi
Makan Tengahari           :   12.00 Tengahari
Minum Petang                 :   4.00  Petang
Makan malam                  :   6.00 Petang                                                                         

  • Setiap pesakit yang dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan akan diberi perkhidmatan kaunseling pemakanan mengikut penilaian oleh Pegawai Dietetik.
  • Segala maklumat/cadangan boleh dibuat melalui;

           *Peti Cadangan
           *Perjumpaan/telefon dengan Pegawai Dietetik di talian : 05-6896600 Ext : 6717/6861

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan makanan untuk pesakit dalam dan doktor yang bertugas atas panggilan.
  2. Pengurusan Stor
  3. Menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal

MASA OPERASI

Perkhidmatan Penyedian Makanan

  1. Jabatan Sajian dibuka setiap hari dalam setahun dari 6.30 pagi sehingga 6.30 petang
  2. Semua anggota perlu menggunakan thumb print semasa masuk dan keluar bekerja
  3. Jabatan sajian beroperasi dalam tempoh 12 jam iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga ke pukul 6.30 petang dan anggota yang terlibat dalam operasi dibahagikan kepada 2 shift.
    • Shift pagi     :       30 pagi hingga 1.30 tengahari
    • petang        :       30 tengahari hingga 6.30 petang
  4. Setiap shiff akan diketuai oleh Pegawai Yang Menjaga iaitu Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

 Perkhidmatan Dietetik klinikal

  1. Perkhidmatan Dietetik klinikal iaitu Medical Nutrition Therapy akan dijalankan oleh Pegawai Dietetik dalam tempoh waktu pejabat iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut penerimaan rujukan daripada wad.
  2. Pegawai Dietetik akan membuat lawatan ke wad bagi pesakit dalam dalam tempoh:
    • 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam urgent
    • 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam non urgent
  3.  Pegawai Dietetik akan menemui pesakit di klinik pesakit luar mengikut temujanji yang telah ditetapkan iaitu:

         Hari    : Isnin, Rabu dan Jumaat
         Masa   : 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari untuk hari Isnin dan Rabu                     
                     9.30 pagi hingga 12.15 tengahari untuk hari Jumaat

         Hari    : Selasa, Khamis ( Kelas Pendidikan Diabetes untuk ibu mengandung)
         Masa   : 10.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

         Hari    : Selasa ( kelas pendidikan Diabetes untuk kanak-kanak)
         Masa   : 2.00 petang hingga 4.30 petang

 

 


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Seri Manjung, Perak.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Jumaat 02 Disember 2022, 23:59:00.
 
Jumlah Pelawat : 

1316084 (210)

Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran Hospital Seri Manjung
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga Hospital

Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Senarai Fasiliti Disediakan
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
No events
Tender & Sebutharga