Pengenalan

Tahun 2009 menyaksikan banyak  perubahan yang berlaku di dalam Unit Fisioterapi terutama dari segi pentadbiran unit di mana lebih teratur dan sistematik. Semua kakitangan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing selain klinikal.

Skop Perkhidmatan

Pemulihan pesakit secara menyeluruh dengan melibatkan rawatan fizikal dan program rehabilitasi ke tahap paling optima dan melakukan “Cardiac Rehabilitation Programme” di wad perubatan. Selain itu juga membuat aktiviti senaman berkumpulan, diadakan  sekurang-kurangnya sebulan sekali di  Unit Fisioterapi mengikut program.

 

Aktiviti

 1)      Aktiviti bersama warga emas dan kanak-kanak istimewa di Klinik Kesihatan Ayer Tawar dan Kempen Kurangkan Gula

2)      Mesyuarat Teknikal Profesyen Fisioterapi Peringkat Kebangsaan di Hospital Sultanah Bahiyah

3)      Bersama-sama Unit O&G dalam memberi  ceramah di dalam kelas Antenatal pada Khamis, minggu ke 2 di gimnasium

4)      Bersama-sama Unit Pendidikan , Dietetik , MOPD dan Farmasi memberi  penerangan tentang Diabetes dan Cardiac Rehab Programme (CRP)

5)      Menjalankan Kajian National Indicator Approach Oswestery Low Back Pain, indicator 3 dan 4 diserahkan kepada Unit Kualiti setiap bulan

6)      Mengumpul data untuk “Motor Assessment Scale” bagi pesakit Stroke yang mengikuti program rehabilitasi

7)      Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) dan Kajian Masa Menunggu (KMM)

 

Pencapaian

Projek Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang pertama bagi unit ini gabungan bersama Unit Pemulihan Cara Kerja  iaitu Kumpulan  STAMINA yang bertajuk “Kekurangan  Rujukan Pre-Op Chest Physio di Wad Pembedahan Hospital Seri Manjung” – mendapat tempat kedua  dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak.

 


Cetak