Unit Pendidikan Kesihatan
Pengenalan
Fungsi utama unit ini adalah bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan untuk pesakit dan anggota hospital. Unit ini juga turut mengendalikan kempen dan promosi kesihatan, latihan serta pengeluaran dan pengedaran bahan-bahan pendidikan kesihatan diperingkat hospital.
Skop Perkhidmatan
- Klinik Berhenti Merokok
- Menyelaras sesi pendidikan pesakit (diabetes, darah tinggi, asma, buah pinggang)
- MengendalikanPerpustakaanHospital
- Mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan
- Menyelaras program Kempen Cara Hidup Sihat
Aktiviti
Terlibat di dalam kebanyakkan program/aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di hospital secara langsung atau tidak langsung.