Unit Kualiti

 

Piagam Pelanggan

Program in bertekad, komited dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan:

  1. Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra.
  2. Menyediakan program yang komprehensif dan professiona.
  3. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengambil kira keperluan pelanggan.
  4. Memberi maklumat maklumbalas serta nasihat dengan tepat, cepat dan terkini.

a. Semua surat yang diterima akan diperakui penerimaannya.

b. Semua surat akan diambil tindakan dalam masa 24 jam bagi tindakan segera dan 48 jam bagi surat biasa.

c. Semua kertas kerja akan disiapkan dalam masa satu bulan selepas tarikh penerimaan.

d. Semua reten/laporan kualiti akan dikumpul, dianalisa dan dihantar ke kementerian pada atau sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

e. Semua permohonan posting elektif pelajar perubatan atau latihan industry/attachment pelajar bukan perubatan akan diproses dalam masa 2 minggu.

f. Semua permohonan Liputan Perubatan akan diambil tindakan serta merta.

g. Semua permohonan Penyelidikan Pelajar siswazah atau pascasiswazah akan diproses dalam masa 2 minggu.

h. Semua aduan akan disiasat.


Cetak