PENGENALAN

Penubuhan unit rawatan penjagaan luka Hospital Seri Manjung pada 1hb Mac 2017 bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih berkesan berlandaskan garis panduan serta protocol saintifik dan seterusnya memberi hasil rawatan pesakit yang lebih baik. Ini secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar amputasi di negara kita yang berkaitan dengan penyakit kencing manis. Unit Penjagaan Luka ini adalah yang pertama di negeri Perak dan di bawah naungan Jabatan Pembedahan Am.

 

SKOP PERKHIDMATAN

1) Memberi rawatan dan konsultasi berkaitan pengurusan dan penjagaan luka yang optima di pelbagai disiplin di hospital, tetapi pesakit masih akan  menerima rawatan di disiplin yang terlibat dengan punca kemasukan pesakit sehingga keadaan stabil.

2) Memberi rawatan dan konsultasi kepada pesakit -pesakit yang dirujuk daripada wad atau bahagian pesakit luar bila diperlukan contohnya kes kudis tekanan, luka kencing manis dan masalah kudis vena. 

3) Memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan peralatan dan kaedah penjagaan luka yang bersesuaian kepada anggota kesihatan yang lain.

4) Memberi Pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan luka kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang awam.

5) Menjadi penasihat di dalam pertubuhan penjagaan luka di peringkat kesihatan primer.

 

 

 

WAKTU KLINIK

Isnin-khamis : 8 pagi – 1 petang, 2petang – 5 petang.

Jumaat : 8 pagi – 12.15 tengahari, 2.45 petang – 5 petang.

 

Berikut adalah maklumat berkaitan unit dan sebarang urusan yang berkaitan dengan unit ini boleh menghubungi:

            Nama               :  Dr Joshua Jeevan A/L D Maria Nayagam

                                   : (Ketua Unit Rawatan Penjagaan Luka)

            Tempat            : Unit Rawatan Penjagaan Luka

                                   (di antara klinik psikiatri dan farmasi pesakit luar)

            Tel.                  : 05-6896600 (sambungan 6792)

            Email               : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Cetak